Friday

PROGRAM WUQUD AL ADHA

    Alhamdulillah semalam dapat beramai-ramai dengan kawan-kawan diperantaun di PASTI yang tidak balik kampung untuk merayakan Hari Raya Korban. Terima Kasih yang hadir kerna dapat bertakbir raya bersama-sama serta dan menikmati hidangan yang disediakan oleh penganjur. Harapan dengan adanya program ini kita dapat mengeratkan hubingan di perantauan disamping dapat menunaikan ibadah secara berjemaah. Budaya / biah yang terbina ini dapat mendidik jiwa kita bersama-sama untuk mengingati Allah dan bersama-sama menunaikan dakwah untuk masyarakat setempat. Takbir Hari Raya bergema di Desa Orkid dapat melunakkan hati jiran-jiran agar bertakbir bersama-sama di malam raya. Terima kasih kepada PASTI AL WAFI dan semua yang menyumbang tenaga dan makanan pada program tersebut.

Sunday

Laporan Perkheman

Muat Turun Laporan Perkhemahan Unit Beruniform SK DAU

























Tuesday

SIFAT HAYAT ( KEKAL ABADI )














Pengertian Allah bersihat Hayat ( Hidup ) Kekal abadi tanpa ada mula dan akhir.

1. Berikan pengertian sifat Hayat ?
2. Senarai akibat jika tidak beriman dengan sifat hayat ?

Monday

Setiap Langkah Hanya Untuk Mu

Rasa berbulan-bulan tidak sempat aku nak update blog ini walaupun tidak ada pembaca setia yang mengikuti perkembangan blog Myilahi ini. Pada mula blog ini di bina hanya untuk suka-suka. Rasanya banyak perkara yang boleh dikongsi bersama sejak mula membaca buku " Menjana Wang Melalui Blog". Kesibukan yang tidak terdaya dielak tak dapat nak coret sepatah perkataan dalam blog ini. Kesibukan dengan kerja-kerja Sarjana menyekat aku untuk menulis beberapa perkara yang berkaitan dengan isu semasa. Tidak sempat menilik dari sudut wahyu dan kalam para cendiakawan Islam.Kemampuan hanya sempat menyengah  pendapat-pendapat mereka yang mashor. Masih banyak buku-buku yang dibawa dari Malaya, tidak sempat untuk aku kelebek lagi. NOBISHA, SECANGKIR KOPI , NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR, REINVENTING yang masih tersusun rapi dan ada lagi yang berbalut plastik. Masa yang terhad dilitupi  dengan tanggungjawab yang tidak terdaya jasad zahir menanggung dengan kudrat yang diberi Allah s.w.t.Susah untuk mendidik menjadi manusia yang  sentiasa mindanya berfikir dan hatinya berzikir.

Muat Turun

Sahabat-sahabat yang berminat boleh kita kongsi sama. Dibawah ini beberapa URL yang kita boleh muat turun program / filem dan banyak lagi. URL dibawah ini hanya untuk rujukan penulis saja, takut hilang. Syukran Ustaz Zahir Albalingiani yang banyak berkongsi maklumat.

http://alldownload.org
http://www.alivedownload.com
http://www.filehippo.com/
http://www.alivedownload.com/
http://www.egydown.com/
http://www.digzip.com/

Tuesday

Minggu Persekolahan

     Sudah masuk minggu ketiga persekolahan. Gembira dan semangat yang berkobar-kobar untuk terus kedepan dalam minimba pengalaman di bumi Kenyalang. Kesempatan berFB sempat juga membelek folder-folder dalam laptop. Menyusun fail 2009 , 2008 , 2007 dan 2006.Bermuhasabah program-program dakwah dan program ijtimaiyyah dalam diari 2006- 2009. Membelek satu persatu contoh-contoh kertas kerja yang dibuat , ada yang diolah semula dan ada yang main tukar nama saja untuk memenuhi kehendak. Semuanya masih tersusun rapi dalam folder , mungkin tahun ini atau akan datang dapat di guna atau dikitar semula, untuk memenuhi kehendak profesiolnisme.
     Cerita tentang sekolah bangun seawal pagi untuk mengingat zat mutlak , kadang menghilang , kadang tersemat di tempat isbat , terputus rabitah  salik kepada guru tenggelam lemas diatas kealpaan .Menunaikan solat fardhu taat kepada perintah . Mengingat pesanan guru Mengucap = Yakin , Solat = Taat , Puasa = Sobar . Membina kekuatan rohaniah untuk berdepan dengan muridin yang lemah kepada ajaran kitab.Menjadi tanggungjawab membawa ajaran Rasul. Tanggungjawab terpikul untuk membina masyarakat Islam. Sifat kotor dihati dibuang sejauh-jauhnya dalam melaksanakan tugas.
     Minggu pertama dan kedua persekolahan tahun ini berbeza daripada dua , tiga tahun yang lepas.2010 menjadi guru BA tahun tiga dan empat. P&P berjalan seperti biasa alhamdulillah dapat memantapkan BA terutama mufradat . Dapat juga bertutur dengan murid dalam bahasa Arab. Selain BA macam biasa , mengajar Pemulihan Jawi dari tahun satu - enam . aktiviti P&P berjalan seperti biasa , pelajar yang galus jawi ini akan dipulihkan.Kelas Pemulihan Jawi masih menggunakan modul kelas pemulihan jawi yang disediakan oleh pihak BPI. ..Bersambung...

Thursday

Pandangan Datuk Dr Haron Din tentang isu kalimah Allah

 

Al-Quran pertama dalam bahasa Iban

Salhan K Ahmad
Dec 30, 09 2:13pm

eksklusif Terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Iban akan mula diterbitkan tahun depan bagi membantu golongan penutur bahasa tersebut memahami kitab suci Islam itu.
Projek penerbitan itu dimulakan dengan terjemahan edisi muqaddam, kemudian diikuti teks lengkap al-Quran pada 2011, kata pengerusi kumpulan syarikat PTS.
Terjemahan itu berpandukan naskhah terjemahan paling popular dalam bahasa Melayu Pimpinan al-Rahman terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Ainon Mohd lagi.
Beliau juga berkata terjemahan tersebut akan menjadi naskhah lengkap terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik terbesar di Sarawak.
"Terjemahan ini menggunakan bahasa Iban laras halus, sebagaimana yang digunakan oleh penutur aslinya. Belum ada lagi naskhah sedemikian," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
"Justeru, individu keturunan Iban yang berminat mengetahui isi kandungan al-Quran memang mengalami masalah tiada bahan rujukan.
"Bukan semua orang Iban mampu membaca dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Lagipun membaca dalam bahasa ibunda lebih mudah difahami," kata bekas pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu lagi.
Tambahnya, sasaran utama bagi penerbitan yang diusahakan PTS Darul Furqan Sdn Bhd itu antaranya golongan muallaf yang bertutur dalam bahasa tersebut.
"Iban adalah bahasa kaum bumiputera yang terbesar di Sarawak, oleh itu kami dapati ada pasaran niche bagi buku-buku dalam bahasa Iban," katanya dalam wawancara melalui emel.
"Golongan yang akan mendapat manfaat paling baik daripada penerbitan buku ini nanti adalah individu keturunan Iban yang sudah memeluk Islam, atau mereka yang mungkin akan memeluk Islam kerana mempunyai rancangan berkahwin dengan pasangan Islam.
"Namun kita yakin, masyarakat Iban yang tidak berminat dengan Islam pun tetap akan mendapat manfaat apabila membacanya kerana mereka akan dapat memahami dengan betul perbezaan-perbezaan pelbagai aliran agama di Malaysia."
Ainon menunjukkan satu contoh terjemahan al-Quran itu seperti dimuatkan di blog peribadinya Universiti PTS.
Ayat 1 dan 2 surah al-Asr dalam bahasa itu berbunyi: "Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau. Allah petara ti siko besumpah enggau ari. Semua anak mensia nyadi rugi."
Ainon menjelaskan, projek dengan kos percetakan RM30,000 itu akan meluaskan penyebaran al-Quran dalam apa juga bahasa di dunia.
Tambahnya, 3,000 naskah muqaddam dan 3,000 lagi teks al-Quran bagaimanapun belum diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Jakim.
"Pihak KDN dan Jakim boleh menubuhkan kumpulan penyemak dengan menggunakan khidmat guru agama keturunan Iban, ahli akademik, dan pendakwah lulusan aliran pengajian Islam yang boleh membaca dan mamahani bahasa Iban," katanya lagi.
Naskhah terjemahan tersebut akan dihantar kepada KDN dan Jakim untuk semakan sebelum proses percetakan, tambahnya.

Selamat Tinggal 2009

Tirai 2009 telah berlabuh dengan tenang.

Blog Tok

Sila Lawati blog Tok : http://toksitihawa.blogspot.com

Monday

Majlis Perkebumian Tok Siti Hawa



Atas Hilux Pak Long nak balik umah Pak Su

Bersurai
Menghayati isi kandungan tahlil
Selepas kebumi tok tegah baca talqin

Sunday

Dalam Kenangan

Tok Teh Pokok Sena Adik Tok Wan Haji Ibrahim
Pi ziarah lepas makan 3 umah pak su.

Anak-Anak Tok Siti Hawa

Ragam anak-anak


Baru lepas solat ni..
Apa hal tu..
Nuha pun tengah solat juga.


Majlis Makan Malam


Makan Malam Staf SK Datuk Awang Udin
Di Kingwood Hotel Mukah
Mak Cik-Mak Cik Ni sakan depa bergaya no..
Cabutan Bertuah

Wednesday

Majlis Khatam Al Quran di Miri



Pautan ke : www.jqafmukah.blogspot.com

Majlis Khatam Al Quran Sekolah-sekolah rendah Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Eastwood Valley , Miri Sarawak. Perjalanan program berjalan lancar , memang A ++++ la Miri tahniah kepada PPD Miri terutama Penyelia Agama Us Fuzi dan Taskforce yang menggerakkan program ini dengan baik. Terima Kasih juga pada BOS j-QAF Sarawak Ustaz Haji Jaafar Belal yang bertungkus lumus bersama dengan Us Wan JU Data Laporan j-QAF walaupun terpaksa menunggu data j-QAF MUKAH yang tergendala kerana gangguan teknikal. Minta maaf Us Wan insyallah tahun depan saya akan selesaikan masalah yang timbul ok...
Peserta khatam Al Quran tahun ini untung kerana dapat banyak tajaan : dari La Izzah , Bas Baram , 1 Malaysia Restoren , Canon Camera , Sony Camera , Mas Wings , Salim Khan , Chai Guan Book Store . Ok Terima Kasih semua......

Tuesday

Aktiviti Hujung Minggu


aktiviti hujung minggu mandi kolan di Kingwood Resort Mukah. Best la.. lepat ni boleh gi lagi di sana. Kalau ada promosi la..




Kursus Pemantapan j-QAF Miri

Siri Perbentangan

Khusyuk mendengar ceramah..


Jom Makan

Terima kasih Ustaz Nasru , Ustazah Naresah , mereka merupakan orang kuat j-QAF di Miri. alhamdulillah program berjalan lancar, semua perserta spoting. Banyak pengalama dan isu-isu yang timbul dapat di bincang dan diselesaikan bersama. Kebanyakkannya semua sudah memahami perlaksanaan Mode j-QAF.
Insyallah kita doakan program yang baik ini berjaya dan kita akan mendapat hasilnya nanti aminn... Sekali lagi terima kasih Ustaz Nasru yang banyak membantu , berjalan bandar Miri dan sempat lagi tazkirah di majlis wida rumah Abg Akip. Sempat berkenalan juga dengan Ustaz Amin dari Hikmah , dapat kenalan juga dengan Datuk Temengong Miri. Pengisian pada malam majlis wida' di rumah Abang Akib sungguh bermakna. Al kullihal semuanya tamam ,walaupun terpaksa berada dalam bus 12 jam perjalanan Mukah -Miri. Mudahan semakin rapat silatul rahmi di antara kita , dan tidak lupa dapat berkenalan dengan Task Force Group Miri yang aktif menjalankan gerak kerja Islam. Semoga Ya Allah limpahkan kurniaan rahmah, Maqhfirah dan ketenangan dalam hati mereka yang menegakkan agama Mu di bumi bertuah ini.

Monday

Mukah



Surau Penipah



Bila nasib mereka akan terbela....

Orang kaya balak..????

Balak ni yang sapa punya..?? Tolong ada orang curi balak...



Terkandas hampir 3 jam.. lori rosak..
Rumah Panjang

Inilah bentuk muka bumi nak ke Mukah...